Sungguh Kurang Ajar…

August 21st, 2008 by faisal-pese-kotaro

Semalam, aku ke Tesco dengan mak aku untuk beli barang2 dapur. Antara barang pertama yang aku beli adalah bendera Malaysia!

Di sebabkan tahun nie aku rasakan sambutan kemerdekaan agak lesu dan tiada kecoh-kecoh macam tahun lepas, maka aku pun berkobar-kobar la beli bendera.

So..lepas aku balik dari Tesco tu, aku terus berkobar jugak nak gantung bendera tue. Dapat aku dapati aku terlupa sesuatu.. Aku tak de batang kayu untuk dijadikan tiang bendera yang baru aku beli tue. Apa lagi aku pun curi la batang kayu penyapu sawang mak aku..hee..maka berkibar lah Jalur Gemilang tue di depan rumah aku.

Bila angin bertiup..wah..syoknya..bangga pulak aku…rasa betul2 cam rakyat Malaysia.

Tapi….

Pagi nie…bila aku bangun dan on komputer..seperti biasa aku akan melawat blog2 favorite aku..antaranya Kongsiblog.com. Aku terbaca satu artikel perihal seorang mamat blogger yang menjalankan kempen “Menterbalikkan Bendera Malaysia”. Berderai hati aku…

Sungguh kurang ajar. Atas sebab politik dan kemarahan terhadap seseorang/parti poltik barangkali…dengan tanpa segan silu si blogger tue adakan protes sebegitu. Kononnya negara luar pun buat begitu sebagai tanda protes.

Dan ada pulak pengikut2 dia. Aku pun pelik.

Bagi aku blogger tu dan para pengikutnya adalah orang yang tiada semangat nasionalisma, tiada rasa bangga dengan negara sendiri dan tiada rasa syukur akan apa yang dikecapi selama ini barangkali…Atau mungkin sudah lupa bertapa askar-askar kita dahulu sanggup bergadai nyawa untuk mengangkat bendera negara agar terus berkibar megah.

Atau mungkin Adnan Si Leftenan yang kita kenal dan mereka yang seangkatan dengan beliau yang mengangkat senjata untuk mempertahankan negara, sudah tiada..atau luput terus dalam ingatan mereka. Ye lah…siapalah Malaysia dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, PKR, PAS, UMNO, DAP, dan lain-lain parti politik!!

Teruslah bercakaran…teruslah terbalikkan bendera Malaysia (atau lebih baik bakar saja lagi gempak!!).
Mungkin bila dah berperang nanti..baru kita sedar bertapa bernilainya bendera negara kita yang kita panggil Jalur Gemilang ini.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN….(fikir-fikirkanlah!)

Terasa Nak Bagi tahu..

August 3rd, 2008 by faisal-pese-kotaro

Salam…

Dah lama jugak rasanya tak update blog penadiari ni. Bukan apa cuma sejak akhir-akhir ni aku sibuk skit melayan dua lagi blog yang aku manage.

Satu blog Faisalkomputer.com dan satu lagi blog baru MyTasnim.com.

Blog aku, Faisalkomputer.com nie adalah blog tentang dunia blogging dan buat duit dengan blog. Kira blog komersial aku la.

Manakal blog MyTasnim.com nie blog tak berapa komersial tetapi lebih kepada perbincangan dan penyataan pendapat tentang cinta, keluarga dan perkahwinan. (blog nie menambahkan "kegilaan" aku pada dunia blog)

Blog MyTasnim.com nie berbeza la skit dari blog penadiari nie. Blog penadiari nie khusus untuk, selain soal kasih-sayang aku tujukan buat kawan-kawan frenster aku. Sebab tu bahasanya pun lain skit.

So kalu ada masa…jom ar melawat blog-blog aku tue. Kalau lebih rajin…berikan komen pada blog-blog aku. Kerana tanpa komen..apalah erti seorang blogger!!

Beza Lelaki & Perempuan

July 17th, 2008 by faisal-pese-kotaro

Pos kali nie…aku cedok dari email yang aku perolehi dari tunangku tercinta…

Untuk renungan kita bersama…
AKU, KAU BERBEZA…AKU, KAU ISTIMEWA…

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanyaperlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalaubuat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak adapada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempatyang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Nak Kawin Ngan Programmer? Pikir Dulu Beb!

July 1st, 2008 by faisal-pese-kotaro

Salam… Ni aku just kongsi dgn korang semua apa yg aku jumpa kat satu forum yg aku join nie..baca la..aku dah abis gelak dah baca benda nie..

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.

Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found…

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters…

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It’s by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

Korang Mencari Makna Cinta?

June 19th, 2008 by faisal-pese-kotaro

Korang tak paham apa itu cinta? Korang nak tahu apa makna Cinta? Korang nak tahu kenapa orang bercinta?  Dan berbagai lagi persoalan pasal cinta?Header_1

Hee..so kali ni aku nak rekomen kepada korang satu laman blog yang isinya hanya tentang cinta.

Kat blog itu terkandung artikel2, tips, puisi, cerpen dan berbagai lagi nukilan kreatif tentang cinta.

Jadi korang yang sedang bercinta atau mencari cinta bolehlah layari blog ni http://www.tentangcinta.com

O..jgn risau ini bukan post publicity…tp ikhlas nak kongsi ngan kekawan semua.  Cinta…semua org perlukan.

so klik link nie terus ke laman TentangCinta.com

Minyak Oh Minyak!

June 9th, 2008 by faisal-pese-kotaro

Minggu nie ramai orang berbicara tentang harga minyak yg baru diumumkan naik sehingga RM2.70/liter.  Ramai yang tertanya-tanya rasionalnya kenaikan harga minyak yg begitu tinggi meskipun negara kita adalah sebuah negara pengeluar minyak.

MinyakApapun alasan dan perkiraan yang dibuat oleh kerajaan dalam menentukan harga minyak terpaksa jugak kita terima…dalam keterpaksaan.

Dan seperti biasa bila berlaku kenaikan harga petrol..akan berlaku jugak kenaikan harga barangan pengguna. Bagaimana kita nak hadapi kenaikan harga barangan ni nanti? Apa agaknya yg boleh kita lakukan untuk menghadapi kesan kenaikan itu nnti?

Adakah perlu kita bercucuk tanam sendiri dan hasilkan sayuran sendiri?

Perlukan kita mencari pendapatan lain..sampingan untuk menampung kos sara hidup yg meningkat?

Atau adakah kita perlu menukar cara perbelanjaan harian kita yg selama nie barangkali berlaku terlalu banyak pembaziran?

Susah jugak kan?…apa pun kita kene bersedia "adjust" dan mengubah kehidupan kita mengikut perkembangan semasa.

Jadi start la berfikir apa yang boleh kita lakukan untuk menampan kesan kenaikan harga petrol dan barangan nie agar kehidupan kita kembali tenang, dan tidak stress.

Kata Cinta…

June 5th, 2008 by faisal-pese-kotaro

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab
keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik
Heart
kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber
kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah
rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk
berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu
untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu
adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah
waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah
musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk
memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah
kunci menuju syurga.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka
janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah
menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang
ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang
mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda
dengan orang itu

Menangani Sifat Marah..

June 2nd, 2008 by faisal-pese-kotaro

Salam buat kekawan semua…

Hari nie aku nak kongsikan dengan korang cerita jiran aku yang suka sangat bergaduh. Adik beradik lak tue.

Anger Ok..mungkin korang rasa bergaduh adik beradik tue normal la…tp kisah jiran aku nie tak berapa nak normal bagi aku. Bayangkan bergaduh tengah malam..kadang kul 2 pagi!! Hempuk kereta adik sampai pecah cermih kereta…pagar rumah roboh..meja patah..terjerit-jerit sampai semua jiran-jiran keluar menjenguk dan macam2 lagi.

Aku tak tau la apa yang ada dalam pemikiran diorang sampai boleh gaduh camtu dengan adik beradik.

Bukan sekali tapi dah berkali-kali. Pernah satu hari tue sampai berparang-parang…pasal hal2 kecik jer..contohnya sebab tak kemas rumah!!

Walaupun polis dah berkali-kali terpaksa menjergah ke rumah diorang sebab jiran2 complain…tapi tetap berulang…kata orang tak makan saman.

Macam mana diorang leh sampai tahap camtu marah dengan adik-beradik aku pun tak tahu..mungkin jugak sebab diorang semua lelaki kot.

Tapi bagi aku satu jer la…kegagalan diorang menangani sifat marah diorang. Sampaikan sifat marah diaorang meluap-luap!

Jadi bagi kawan2 yang ada sifat marah yang amat sangat..pendek kata PANAS BARAN…aku nasihatkan kita sama-sama lah belajar cara-cara menangani sifat marah.

Jangan biarkan kemarahan kita menjadi satu bala dan beban kepada orang lain.

Sahabat Adalah…

May 29th, 2008 by faisal-pese-kotaro

Hi kekawan….

Hari nie aku terfikir sejenak…tentang nilai persahabatan. Berapakah nilai persahabatan? Bagaimana pulak aku nak ukur timbang persahabatan itu? Siapa yang layak aku panggilkan sahabat? Rumitkan?

Friends_1Kalo korang agaknya macam mana? Camne nak bezakan antara kawan dan sahabat?

hhmm…sepanjang idup aku nie tak tau la berapa ramai kawan yang datang dan pergi. Berapa ramai jumlah individu yang pernah jadi kawan aku dan masih jadi kawan aku.

Dan dalam banyak2 kawan tu yang mana lak satu sahabat aku? Aku tercari-cari siapakah yang layak atau boleh aku panggilkan sahabat aku?

Adakah dia kawan aku masa aku kecik2 dulu? Atau kawan2 aku kat sekolah dulu? Atau mungkin jugak kawan2 aku yang sama2 susah payah kat universiti dulu? Yang mana satu sahabat aku?

Kalau aku tinjau2 dalam phonebook aku dan mailing list aku memang ramai la nama-nama terpampang. Tapi aku tetap tak tau sapa yang patut aku panggil sahabat atau sekadar kawan.

So..ada tak sesiapa yang dapat membantu. Kalau ada aku sudi-sudilah mengomen blog ini. Bantulah aku membuat ukuran nilai persahabatan.

Sebab aku mulai sedar dan menghargai persahabatan dan tak mahu kehilangannya.

Jadi persahabatan adalah……..tolong la jawabkan?

CINTA ADALAH TANGGUNGJAWAB

May 28th, 2008 by faisal-pese-kotaro

Sejak kebelakangan ni ramai la kekawan aku dan maybe kekawan korang yang mendirikan rumahtangga dengan jejeka atau gadis pilihan hati. Aku ucapkan tahniah kepada korang yang dah kawin.

Kahwin Aku doakan korang semuanya bahgia selamanya. Jangan bercerai-berai.

Aku sedih tengok dalam tv, dalam paper kisah-kisah keluarga yang bercerai-berai pas dapat anak. Kadang tue anak dah besar-besar dah pun leh cerai gak. Cam kes cerai guna pos tue yang masuk dalam paper minggu nie. Kesian kat anak2 dia terpaksa merayu-rayu kat orang lain just tuk sesuap nasi.

Cinta bagi aku adalah tanggungjawab. Berkahwin juga tanggungjawab. Jadi kepada kekawan aku yang dah berkahwin igtlah tanggungjawab masing-masing.

Dan kekawan aku yang sedang merancang termasuklah aku…pun perlu tahu tanggungjawab dan kene ada matlamat sebelum menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan. Sebab kahwin bukan perkara kecik. Bukan benda main-main.

Aku teringat kisah awek lama aku yang bercinta sakan, tapi pas kawin ngan pakwe dia tue, baru dapat satu anak…tu pun baru umur berapa jer anak dia…dah cerai…sebab lakinya lupa tanggungjawab. Takmo keje!!

Ntah apa aku merepek kali nie…tue la pesan aku kepada diri aku dan kekawan semua…CINTA adalah TANGGUNGJAWAB.

Ikhlas beb…hee